menu horizontal

menu horizontal2

menu horizontal3

Rabu, 8 Mei 2013

BERITA TERKINI PRODUK EMAS TERBARU PUBLIC GOLD




Berita terkini emas public gold dan produk emas terbaru dikeluarkan public gold 2013 diumumkan dalam forum master dealer public gold 2013.
Forum master dealer public gold adalah mesyuarat atau perbincangan antara pengedar emas public gold seluruh negeri dengan pengerusi public gold mengenai maklumat berita terkini,produk emas terbaru,polisi dan syarat pengedar emas public gold dan sebagainya. Forum master dealer 2013 ini di adakan di Head Quarters Public Gold di Pulau Pinang. Forum emas ini bersesuaian dengan keadaan paras harga emas yang rendah yang sesuai untuk pelabur emas fizikal untuk membeli emas pada harga termurah. Lihat EMAS PALING MURAH. Forum master dealer public gold di pengerusikan oleh pengerusi public gold sendiri iaitu Dato’ Louis Ng.
Berita terkini maklumat terbaru operasi public gold :
1. Perkhidmatan Terbaru Allocated Gold Storage Service (AGSS) Pelanggan atau dealer public gold kini dapat membeli emas dan terus menyimpan emas di Public Gold. Sistem ini di kenali AGSS.Perkhidmatan terbaru ini dikenakan caj penyimpanan  1% setahun untuk produk emas dan 2% setahun untuk produk perak,tiada kos pengangkutan caj,Jewellery dan Royal Collection adalah tidak diterima untuk AGSS.Nilai produk minimum RM5,000 per transaksi penyimpanan AGSS.
Pelanggan bolen membeli secara “online” dan menggunakan servis ini tanpa datang ke cawangan dan produk emas anda akan dihantar apabila anda mahu.
2. Enhanced SMS Ordering Service (ESOS). Pembelian emas atau penjualan emas online menggunakan SMS berpusat ini adalah pertama di Malaysia menggunakan kod operasi dan kod produk tertentu. Maklumat lanjut mengenai cara mudah pembelian emas atau  penjualan emas dengan ESOS Klik PANDUAN CARA TEMPAH HARGA EMAS MESEJ RINGKAS
3. Aplikasi android public gold PG Apps (Android OS).Pembeli emas,pelanggan atau dealer public gold kini dapat melihat harga semasa public gold,membeli emas,menjual emas dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi terbaru android public gold.Lihat CARA MUDAH BELI EMAS DENGAN APLIKASIANDROID PUBLIC GOLD.
Produk emas terbaru public gold :
1. Jongkong emas atau gold bar public gold terbaru bernama bungamas adalah jongkong emas bercirikan kebudayaan melayu seperti gold bar Tai Fook yang menunjukkan kesenian cina. Bentuk dan seni jongkong emas bungamas ini sangat cantik dan halus dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.Lihat rajah bungamas dalam gambar dibawah.

2. Jongkong emas terbaru public gold,bernama flexibar adalah jongkong emas atau wafer gold yang boleh dipotong kecil-kecil untuk dijual sedikit demi sedikit. Contohnya anda beli 50g Flexibar mengandungi atau tercantum terdiri daripada 50 kepingan gold bar seberat 1 g setiap satu. Apabila anda perlukan wang,anda boleh patahkan wafer gold ini untuk dijual. Gambar wafer gold ini tidak dapat ditunjukkan untuk mengelak cetak rompak kerana flexibar ini mungkin wafer gold bar pertama di asia.
3. Berlian atau diamond public gold,Louis diamond adalah berlian yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Berlian ini dijual mengikut harga berlian atau diamond antarabangsa.
Maklumat terkini dan polisi terbaru public gold :
Polisi public gold 2013,syarat dan peraturan dealer atau pengedar emasb public gold tiada perubahan. Cuma sedikit percubaan yang akan dilakukan untuk mengelak daripada dealer yang sangat tidak aktif.Seperti dahulu polisi pengedar emas public  agar akaun dealer sentiasa aktif hendaklah membeli emas sendiri atau dapatkan customer atau rekrut new dealer dalam tempoh 6 bulan mengikut jangkamasa januari hingga jun dan julai hingga disember. Belian minimum dalam tempoh 6 bulan itu bagi dealer RM500, bagi priority dealer RM1k dan bagi master dealer adalah RM5k.
Pelaburan emas public gold adalah pelaburan emas fizikal melibatkan jual beli emas dan perak fizikal seperti gold bar, jongkong emas, emas dinar, jongkong perak atau silver,syiling perak dirham dan barangan kemas.
Kenapa beli emas ?

Emas adalah penyimpan dan pelindung kekayaan untuk masa depan. Tak percaya???. Simpan wang tunai RM3000 dan lihat berapa lama wang RM3000 berada dalam gengaman anda? Cuba beli emas RM3000 dan lihat berapa lama emas akan berada dalam gengaman anda? Jika saya RM3000 sekejap saja berkurang…tapi emas, kita sayang nak jual kan..sebab tu emas adalah pelindung kekayaan.Klik PANDUAN LENGKAP PELABURAN EMAS DAN PERAK untuk mula melangkah bijak menceburi pelaburan emas fizikal public gold

0 ulasan:

Catat Ulasan

sila ulas