RAMALAN DAN ANALISIS HARGA EMAS TAHUN 2011 OLEH GU IDI
ANALISIS UMUM HARGA EMAS
Berdasarkan graf sejarah emas di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan :
1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dari tahun ke tahun. Dalam jangkamasa pendek, harga emas berlaku naik turun. Jadi untuk memaksimunkan keuntungan, belilah emas masa harga rendah dan jual pada harga tinggi.
2. Pada tahun 2008 berlaku kenaikan emas paling sedikit iaitu hanya 8% setahun kerana berlaku krisis ekonomi global. Krisis ini menyebabkan bank-bank di Malaysia terpaksa bergabung.
3. Purata kenaikan harga emas dalam 10 tahun ialah 46% dan purata kenaikan harga emas dalam 5 tahun ialah 33%. Jadi pelaburan emas adalah lebih menguntungkan dari ASB atau pelaburan wang dana amanah dan sebagainya.
4. Berdasarkan garaf 10 tahun, bermula tahun 2005, didapati emas naik dengan mendadak. Ini mungkin disebabkan permintaan tinggi terhadap emas kerana kegunaannya dalam dunia moden. Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang kemas,jongkong emas,piala emas, tapi juga digunakan dalam computer,telefon bimbit dan sebagainya
5. Pada tahun 2010, kenaikan harga emas adalah 25%. Kenaikan ini lebih rendah dari purata kenaikan harga 5 tahun. Penurunannya mungkin disebabkan Bola Sepak Piala Dunia pada Julai 2010. Pada bulan Ogos hingga Disember harga emas naik hingga 20%. Dijangkakan 2011 kenaikan emas akan melebihi 20%.
Kenaikan/penurunan harga adalah berkadaran dengan kecerunan graf. Lagi cerun sesuatu graf, kenaikan adalah lagi banyak. Graf kenaikan harga emas di dapati berbentuk lengkung, bukan garis lurus. Ini bermaksub, peratus kenaikan harga emas akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.
RAMALAN KENAIKAN HARGA EMAS TAHUN 2011
Ramalan gu idi secara analisis asas berdasarkan graf dan berita emas dunia, ramalan kenaikan harga emas pada tahun 2011 adalah 35% berdasarkan fakta berikut :
1. Purata kenaikan harga emas 5 tahun dalam dunia moden tahun 2006 hingga 2010 adalah 33%. Graf kenaikan harga emas adalah berbentuk lengkung, bukan garis lurus. Jika purata 5 tahun 33%, ramalan tahun 2011 kenaikan harga akan melebihi harga purata 5 tahun, iaitu 35% pada tahun 2011.
2. Purata harga pada tahun 2010 adalah 25% sahaja kerana pada bulan Julai 2010 berlaku penurunan harga emas disebabkan bola sepak piala dunia. Jadi pada tahun 2011 dijangkakan kenaikkan harga emas akan melebihi kenaikkan harga pada tahun 2009, 2010 dan melebihi purata kenaikan harga dalam 5 tahun. Saya mula melabur emas pada bulan Ogos 2010 (selepas Bola Sepak Piala Dunia ) dan pada bulan Disember 2010, kenaikkan harga emas dalam 5 bulan adalah 20%.
3. Peramal emas dunia telah meramalkan pada tahun ini 2011 harga emas boleh mencecah 1600 usd hingga 1800 usd. Jika ini berlaku, kenaikan harga emas adalah 16% hingga 31%. Berita lain menjangkakan harga emas mencecah 5000usd dalam masa 4 tahun lagi dimana kenaikan 2011 hingga 2014 adalah 263% iaitu purata kenaikan setahun adalah 65%.
4. Krisis dunia, peperangan dan bencana dunia akan menyebabkan harga komoditi akan meningkat. Negara-negara yang menghadapi bencana dan peperangan akan membeli/mengeksport barangan komoditi termasuk emas dan silver untuk membangunkan negaranya. Ini menyebabkan harga komoditi akan meningkat. Inilah salah satu kehebatan emas dimana ianya adalah kalis inflasi dan selamat jika berlaku peperangan atau bencana dunia harganya akan tetap naik. Berbeza dengan pelaburan wang / saham, krisis dunia akan menyebabkan harganya akan menjunam turun.
Ramalan harga emas 2011 oleh gu idi hanya ramalan semata-mata. Bagaimanapun, pelaburan emas adalah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Marilah bertukar kepada pelaburan emas…
Hubungi segera gu idi 019-9185593….
hostgator coupon code