menu horizontal

menu horizontal2

menu horizontal3

Ahad, 9 Oktober 2011

CARA TEKNIK GADAI EMAS DI ARRAHNU DALAM TEKNIK PELABURAN EMAS FIZIKAL

CARA TEKNIK GADAI EMAS DI ARRAHNU DALAM TEKNIK PELABURAN EMAS FIZIKAL

Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia.

Pelabur emas fizikal akan seronok dan gembira bila tengok harga emas naik,bila tengok harga emas turun,seronok dan gembira juga….pelik..inilah  kistimwaan emas..pelabur emas sentiasa happy dan gembira…tak percaya sila sertai pelaburan emas guemas. Ini kerana bila harga emas naik, kita boleh jual, dapat untung dan bila harga emas turun kita boleh  gadai emas itu untuk beli emas lagi..bila harga emas naik sikit kita jualkan emas tersebut. 

Guemas nak berkongsi  ilmu, pengalaman, cara dan teknik terbaik  dalam pelaburan emas fizikal iaitu teknik gadaian emas fizikal di Arrahnu gadaian islam Bank Islam ( Arrahnu agrobank  tidak lagi menerima emas jongkong..desas desus akan terima balik..) . Bagi yang belum berpengalaman mengadai emas sila hubungi saya segera untuk membeli emas fizikal Public Gold dan dapat pengalaman mengadai emas.
Namun begitu kita gadai emas mesti mempunyai tujuan yang penting atau yang akan dapat memberi pulangan balik yang menguntungkan, namun begitu gadai emas adalah pinjaman wang yang paling selamat. 
Antara tujuan mengadai emas yang penting adalah :
1) Membeli Emas Lagi, kerana harga emas rendah. Ini akan menyebabkan harga emas yang kita beli lebih murah dengan teknik pemurataan harga.  
2) Membayar Down payment hartanah bagi rumah-rumah lelong atau rumah baru launching atau membeli tanah yang murah atau sebagai modal pusingan perniagaan
3) Membayar Hutang-Hutang Kredit Kad yang interest tinggi,hutang-Hutang Personal Loan dan Hutang-hutang yang Menggangu Cash Flow bulanan kita.
4) Melabur dalam dana yang memberi pulangan lebih baik iaitu pulangan lebih 10% setahun atau membuka perniagaan.


Dulu saya gadai jongkong emas Public Gold di Arrahnu Agrobank. 

Kini Arrahnu Agrobank sudah tidak menerima jongkong emas jadi saya gadai pula di Pusat Gadaian Arrahnu Bank Islam.

Kalau di Kelantan ada banyak cawangan Arrahnu Bank Islam iaitu di Kota Bharu (sebelah bangunan MARA), pasir puteh (di Bandar ), Pasir Mas dan sebagainya.

Cara atau Teknik gadai emas fizikal di Arrahnu Bank Islam.

1. Pergi ke cawangan Pusat Gadaian Arrahnu, bawa jongkong emas dan sijil, syiling dinar dan sijil atau barang kemas yang anda hendak gadai dan ambil nombor giliran.
2.Serahkan emas beserta sijil dan kad pengenalan kepada pegawai pusat gadaian tersebut dan bagitau ingin mengadai emas. Pegawai akan mencetak resit gadaian dan kita akan menandatangani resit tersebut.

3. Kita akan diberi tunai 70% daripada harga semasa emas ( nilai marhum) bank islam. Untuk makluman nilai marhum bank islam adalah lebih rendah daripada nilai marhum Agrobank namun pendapatan pinjaman dan upah simpan dari gadaian yang kita adalah hampir sama dengan gadai di agrobank kerana agrobank  hanya memberi 60% sahaja. 
Rujuk resit gadai Arrahnu di atas pada 19/5/2011 saya mendapat RM2200.00 hasil gadaian 20g jongkong emas Public Gold dan mendapat RM450.00 hasil gadaian syiling dinar 1 dinar Public Gold.

4. Simpan resit gadaian dengan baik dan selamat.Kita hanya dapat duit pinjaman gadaian dengan cepat, yang mudah dan selamat. Bagi saya pinjaman yang paling mudah, selamat dan menguntungkan adalah pinjaman dari gadaian emas.
KENAPA PINJAMAN DARI GADAIAN PALING MUDAH, CEPAT, SELAMAT DAN MENGUNTUNGKAN
a) Pinjaman kita bercagaran emas yang sentiasa meningkat harganya. Purata kenaikan harga emas adalah diantara 25% hingga 40% setahun sedangkan upah simpan emas gadaian adalah antara 8% hingga 10% setahun.
b)Kita boleh “overlapped” atau perbaharui gadaian tanpa menggunakan duit tetapi mendapat untung. Ini keistimewaan pelaburan emas berbanding pelaburan lain. Modal kita tidak akan mati tetapi akan sentiasa berkembang.

Tengok resit saya buat "overlapped" dalam masa 6 bulan. Pada 24/8/2010 saya pergi gadai emas dengan pinjaman dan upah simpan bernilai RM14,791.00, pada 24/2/2011 saya pergi ke Arrahnu TANPA BAWA DUIT dan buat "overlapped". Nilai harga emas pada masa ini membolehkan saya mendapat RM16,700.00. Jadi tolak pinjaman dan upah simpan pada 24/8/2010, saya mempunyai lebihan sebanyak RM1909.00. Pihak Agrobank memberikan saya RM1909.00.Dalam hati saya "Gadai emas pun Untung, boleh duit..pelik.."

c) Emas kita selamat berada di Bank

d) Jika kita langsung tidak dapat bayar pinjaman gadaian..selepas setahun, pihak bank akan melelong dan mengambil pinjaman gadaian tersebut dan upah simpan. Yang selebihnya akan diberikan kepada kita…jadi kita takkan rugi. 

Rujuk syarat gadaian di belakang resit gadaian..
  
TEKNIK PELABURAN EMAS YANG MENGUNTUNGKAN IAITU TEKNIK BELI EMAS,GADAI EMAS DAN BELI EMAS LAGI DAN LAGI (Projek Tanam Emas)
Berdasarkan pengalaman saya dalam pelaburan emas, teknik yang paling menguntungkan dan saya lakukan hingga kini adalah teknik beli emas,gadai emas,beli emas lagi dan lagi. Teknik ini amat menguntungkan jika kita adalah dealer Public Gold dan mempunyai modal yang besar kerana kita dapat lebih banyak pusingan menyebabkan kita mendapat lebih komisen dan dapat  lebih keuntungan dari kenaikan harga emas. Ini akan menyebabkan keuntungan kita melebihi dari kos bayar upah simpan di Arrahnu.Kos upah simpan di Arrahnu adalah diantara 8% hingga 10% setahun. Purata kenaikan harga emas adalah 25% hingga 40% setahun. Jadi cuba anda fikir dan kira dengan menolak kenaikan harga dengan kos upah simpan setahun. Jawapannya anda akan dapat untung 25% - 8% = 17% setahun TANPA MENGGUNAKAN MODAL. “money to make money”

CARA ATAU TEKNIK GADAI  ARRAHNU
Teknik gadai arrahnu ini adalah teknik dimana kita membeli emas, gadaikan di arrahnu, dapat duit hasil gadaian untuk membeli emas lagi dan lagi.
Rujuk rajah di sebelah.
Selepas 1 tahun, kita jual balik emas yang kita simpan. Jual dengan harga emas semasa dan hasil jualan itu kita buat tebus emas yang kita gadaikan.Emas yang kita baru je tebus itu kita jual dan hasil jualan emas itu kita buat untuk tebus balik emas yang kita gadaikan.Ulang proses ini sehingga kita mendapat balik emas yang mula-mula kita gadai pada setahun yang lepas.Akhir sekali, kita jual emas yang terakhir kita tebus dan hasil jualan itu tolak dengan modal, tolak bayaran upah Ar-Rahnu, hasil tolakan-tolakan itulah untung yang kita dapat.

FORMULA TEKNIK GADAI ARRAHNU ( PROJEK TANAM EMAS)
Rujuk formula gadai emas diatas, didapati gadai emas akan memberi keuntungan yang lebih berbanding simpan emas.

KESIMPULAN :
1. Protas ( gadai ) lebih menguntungkan berbanding simpan emas atau simpan ASB.
2. Protas akan memberi keuntungan separuh modal dalam masa setahun jika kenaikan harga emas 25%. Dimana jika anda membeli emas RM 10,000 anda akan dapat keuntungan RM 5000 dalam masa setahun.
3. RISIKO protas adalah jika kenaikan harga kurang daripada 10%, anda mungkin kerugian.
4. Namun berdasarkan sejarah harga emas tahun-tahun lepas, purata kenaikan adalah 25% hingga 40% setahun. 
5. Harga emas di jangka akan meningkat  selari dengan kemajuan dunia dan peningkatan populasi manusia.
Harga emas akan meningkat berdasarkan permintaan emas semakin meningkat kerana peningkataan kegunaannya dalam dunia moden.
Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan, stabil, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.
Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan barang kemas, jongkong dan syiling emas, komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, penyambung elektrik ,perubatan, lapisan kaca pada bangunan, pingat-pingat dan sebagainya.

“Peluang keemasan adalah pelaburan emas, rebut peluang keemasan dengan menyimpan emas”

Maklumat lanjut /  BELI EMAS / SYILING DINAR / jewellery / Menjadi Dealer / hubungi :
019-9185593 / 012-9861593 
Add saya di facebook : Zaidi guemas kelantan
( Master Dealer Mohd Zaidi  pg001425 bachok )
UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD
BELI EMAS RM20,000 KEATAS, BOLEH JADI DEALER
( Hubungi  Zaidi untuk  tolong  beli  ‘Lock Harga” pada harga murah dimana saja anda berada). New Dealer dapat komisyen 1.0% - 2.0% dari belian emas, 0.5% dari jualan emas dan kelebihan lain (berniaga emas). Pada borang new dealer tulis ; Nama Introducer MOHD ZAIDI BIN JUNUS , No Pendaftaran Introducer PG 001425. Hadiah saguhati akan diberi..



0 ulasan:

Catat Ulasan

sila ulas